Kedua, mereka yang menunggu-nunggu waktu berbuka puasa "tanpa" mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.
Ketiga, mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata "tanpa" beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Baca Juga: Contoh Materi Kultum Ramadhan 2022 tentang Dua Rahasia Keberkahan Puasa
Keempat, mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan "tetapi" bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.
Kelima, mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang utk mempelajari "tetapi" membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.
Keenam, mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama "tetapi" kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.
Baca Juga: Contoh Kultum Ramadhan 2022, Tema: Hati Bening Saat Bersama Al-Qur'an
Ketujuh, mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah "tetapi" tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.
Kedelepan, mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan "tetapi" membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.
Kesembilan, mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan "tetapi" berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.