Keistimewaan Sayyidah Khadijah Al Kubro, Wanita Mulia, Cerdas dan Visioner

26 Juli 2022, 13:30 WIB
Keistimewaan Sayyidah Khadijah Al Kubro, Wanita Mulia, Cerdas dan Visioner /

BERITA BANTUL - Berikut ini adalah salah satu keistimewaan Sayyidah Khadijah Al Kubro, wanita yang mulia, cerdas dan visioner.

Nama lengkapnya adalah Sayyidah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul Uzar bin Qushai al-Asadiyah.

Beliau bertemu pada salasilah Nabi Muhamad g pada datuknya yang bernama Qushai yang telah menghimpunkan semua kabilah Quraisy.

Baca Juga: Nasehat Mbah Maimoen: Jangan Sombong, Resapi Hikmah Kisah Istri Nabi Ibrahim

Sebagaimana dikutip Beritabantul.com dari Kitab Al Busyro Fii Manaqib Sayyidah Khadijah Al Kubro, karangan Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki.

Ibunya ialah Fatimah binti Zaidah binti al-Asham dari Bani ‘Amer bin Luay ibnu Ghalib. Maka mulianya disebabkan oleh keturunan yang suci, yang mana ia adalah keturunan kekasihNya yang termulia.

Dan, sesungguhnya Allah telah memeliharanya daripada segala kekotoran jahiliyyah. Allah telah memelihara kesuciannya dan melindunginya daripada segala kecelakaan dengan riayah dan inayah Allah yang agung. Maka beliau digelar sebagai “Puan yang Suci”.

Bertuahlah wanita yang mendapat kurniaan yang mulia ini. Beliau dikenali dengan gelaran “al-Kubra” disebabkan kedudukannya yang hebat pada pandangan orang ramai. Dan beliau sememangnya berhak dan utama dalam hal tersebut.

Baca Juga: Lirik Khadijah Istri Rasulullah, Lagu Syakir Daulay dan Nadhira Shafa Terbaru untuk Menyambut Ramadhan 2022

Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum kelahiran Rasulullah lalu membesar di dalam sebuah rumah yang suci dan baik leluhur keturunannya.

Dalam kehidupan yang sempurna lagi baik akhlaknya dan dikenali akan kepimpinannya.

Beliau dididik dengan sifat mahmudah hingga jadilah Sayyidatina Khadijah semulia-mulia wanita yang telah disempurnakan akalnya dan fisikalnya, sehingga dikenali akan kecantikan dan kepemurahannya.

Beliau seorang yang tegas dalam segenap urusannya, pentadbir dan pelaksana yang bijak mentadbir dan mengurus semua tugasannya.

Beliau memiliki kecerdasan akal yang kuat dan azam yang tinggi. Beliau mempunyai pandangan yang luas dan firasat yang tepat serta kesungguhan yang tinggi. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu akibat.

Allah memperkayakannya dengan pelbagai kenikmatan yang luas dan pembantu yang ramai.

Baca Juga: Lirik Qasidah Tawassul Sayyidah Khadijah Istri Rasulullah, Sangat Dahsyat Menggetarkan Hati Pembacanya

Allah menganugerahkan untuknya harta yang banyak. Maka beliau mengupah ramai lelaki untuk menjalankan perniagaannya dengan cara yang halal.

Beliau berurusan bersama mereka dengan sesuatu yang jelas secara mudharabah, yaitu orang yang berharta memberi hartanya kepada orang lain untuk menggunakan hartanya dalam perniagaan, dan beroleh keuntungan yang telah ditetapkan.

Lalu jelaslah rahsia-rahsia akhlak yang diredhai Allah serta perihal yang baik lagi suci. Yang sampai daripada cerita kaumnya pada zaman jahiliyyah tentang kedudukan yang tinggi, sebuah kedudukan yang suci, dan kemasyhuran yang unggul.

Baca Juga: Rasulullah Sering Bermain dengan Hasan dan Husein yang Masih Kecil, Dalil Mencintai Anak-Anak

Maka itulah mutiara yang berharga yang suci lagi tenang. Taman kebanggaan yang banyak dahannya. Pohon merendang yang memiliki cabang yang baik. Serta pohon tunggal yang masak ranum. ***

 

Editor: Ahmad Lailatus Sibyan

Tags

Terkini

Terpopuler